Friday, September 07, 2012

Isu Berhubung Cadangan Untuk Memajukan Tanah Di Sungai Sebetung & Sungai Tabi, Long Bemang.

Seperti yang kita ketahui, isu ini mula timbul sejak dari tahun lepas.Terdapat beberapa individu yang terlibat dalam cubaan untuk memajukan tanah terbabit.Cadangan pembangunan ini didalangi oleh individu dari kampung Long Bemang sendiri, iaitu En. Anyi Ajang.Ada beberapa lagi individu dari kampung Long Bemang yang menyertai dia.Tetapi tidak perlulah saya menyatakan nama mereka, kerana saya pasti anda tahu siapa yang turut terlibat sama.

Tahun lepas, En. Anyi Ajang membawa beberapa orang individu dari Kuala Lumpur untuk berbincang dengan penduduk Long Bemang.Tujuan kedatangan mereka ialah untuk memaklumkan hasrat mereka untuk memajukan tanah terbabit unutk penanaman kelapa sawit (Join Venture).Di akhir perbincangan, majoriti penduduk Long Bemang tidak bersejutu dengan hasrat tersebut.Ini juga kerana mereka gagal memberikan maklumat penuh mengenai syarikat mereka.


Peta di atas adalah peta kawasan yang ingin dimajukan oleh mereka.Keluasan dianggarkan 700 hektar ke atas.En. Anyi Ajeng telah menghantar beberapa individu dari Long Bemang untuk menyukat tanah tersebut.Penyukatan dilakukan pada tahun ini (2012).

Sehubungan dengan itu, cadangan ini telah pun mendapat sokongan daripada Penghulu Ngau Ajang sendiri dan juga sokongan dari ADUN N.67 Telang Usan Y.B Dennis Ngau.Walaupun ia telah mendapat sokongan daripada mereka berdua, tetapi cadangan ini masih belum mendapat sokongan secara bertulis dari Ketua Kampung Long Bemang TK Deng Anyie.Ia juga tidak mendapat sokongan penuh daripada penduduk Long Bemang.

BUKTI SURAT SOKONGAN Y.B DENNIS & PENGHULU NGAU AJANG



Kita tidak pasti kenapa mereka menyokong cadangan pembangunan tanah tersebut, sedangkan mereka sedar bahawa penduduk Long Bemang tidak menyokong cadangan tersebut.Banyak andaian yang telah dibuat oleh penduduk berhubung sokongan tersebut.Tetapi kita tidak pasti akan kesahihannya.

Mengenai syarikat yang ingin dibawa masuk untuk memajukan tanah tersebut untuk tanaman kelapa sawit, berikut adalah sedikit info ringkas mengenai syarikat tersebut ;

Nama Syarikat : MUAR BAN LEE GROUP BHD
No. Lesen : 753588-P
Alamat : JR 52, LOT 1818, JALAN RAJA, KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT PASIR,
              84300, MUAR TOWN, JOHOR, MALAYSIA.


Menurut maklumat dari Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak, mereka belum dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di atas tanah tersebut.Ia perlu mendapat persetujuan dari kementerian terlebih dahulu.Tetapi, pada bulan Ogos 2012, En. Anyi Ajang telah mengupah beberapa orang Penan untuk menebang hutan di kawasan tanah yang dicadangkan untuk penanaman kelapa sawit tersebut.

Kepada seuruh penduduk Long Bemang, tindakan seperti ini adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri sahaja.Ini akan mewujudkan masalah dikalangan penduduk kampung Long Bemang.Dan mungkin boleh juga membawa kepada pergaduhan, perbalahan dan ketidaktenteraman didalam kampung.

Dalam kawasan yang ingin dimajukan ini juga, bukan hanya seorang sahaja yang mempunyai temuda di Sg, Sebetung & Sg. Tabi.Hampir kesemua penduduk Long Bemang memiliki tanah temuda di kawasan tersebut.Majoriti mereka yang memiliki temud di kawasan tersebut tidak setuju dengan cadangan tersebut di atas.

Kepada generasi muda Long Bemang, anda jangan ambil mudah mengenai perkara ini.Jangan buat tak tahu sahaja mengenai masalah seperti ini.Ini kerana, dimasa hadapan kelak anda yang akan menanggung akibatnya.Haruslah kita menghargai usaha nenek moyang kita dalam mempertahankan tanah kita ini.Kalau kita membiarkan perkara seperti ini berlaku, tidak mustahil suatu hari nanti kita sendiri akan menumpang di atas tanah kita sendiri.

Ini hanya ulasan ringkas dari saya.Nak tahu "full story", balik kampung la...TQ.

0 comments:

Post a Comment