Sunday, September 16, 2012

THE KUCHING DECLARATION

Jangan lepaskan peluang untuk baca deklarasi ni...ditandangani oleh semua "leader" dalam Pakatan Rakyat....


Wednesday, September 12, 2012

Tapak Perumahan Baru


 Gambar Tapak Perumahan Baru

Pada mesyuarat terdahulu, penduduk kampung telah bersetuju untuk menyediakan tapak kawasan perumahan yang baru.Ini kerana tapak yang terdahulu sudah puh penuh.

Kerja-kerja membersihkan dan menyediakan kawasan untuk tapak rumah di kampung Long Bemang telah pun selesai sepenuhnya.Buat sekarang, pekerja sedang dalam proses membaiki jalan kampung.TQ banyak2 kat syarikat Samling kerana sudi memberi jentolak & jengkaut untuk melakukan kerja-kerja penyediaan kawasan tapak perumahan yang baru. 

Kepada mereka yang ingin mendirikan rumah baru, sekarang tapak dah ada.Tetapi anda kenalah bertanya kepada tuan punya tanah terlebih dahulu.Jangan la nak main pacak tiang rumah jak..silap hari bulan, rumah baru kena tebang...gurau je.

Siapa yang cepat, dia la dapat lokasi rumah yang bagus...kawasan baru adalah bersebelahan dengan Tower Celcom dan area "Bukit Rindu"...


Saya nak pesan sikit la...kepada yang dah bertahun-tahun tak balik ke Long Bemang, sila la balik menjenguk rumah yang dah lama dah di tinggalkan tu.Kalau ikut undang-undang  dalam buku Adat Kayan Kenyah....dah kena hukum tu...


Sekian...

Long Bemang Celcom Tower


Inilah yang kita harap-harapkan selama ini.Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan kerana telah memberi kemudahan ini kepada penduduk kampung Long Bemang.Dengan adanya line celcom ini, ia memudahkan penduduk untuk berhubung dengan orang di bandar.



 Sebelum adanya "tower" ni, memang susah la untuk penduduk berhubung.Kena naik bukit untuk cari line.Stesen utama 'BUKIT RINDU"......sekarang tak payah naik bukit cari line....dalam sungai pun ada la (mengarut la pula)....

Harap-harap la line ni kekal sampai bila-bila.....jangan kejap ada, kejap tak ada.Masalah tower ni sekarang ialah enjin.Selalu saja enjin rosak.Dah la guna 1 enjin saja.Cuba la bagi 2 buah enjin sekali ka.Macam kat Long Panai.Mereka ada 2 buah enjin.So..bila 1 rosak, ada lagi satu.Kalau pakai 1 enjin 24/7, mana la tahan.Tau la enjin tu di buat dari besi, jangan la main bantai jak..Kalau tak silap saya, ni dah enjin janakuasa yang ke-5 dah ni...

Apa-apa pun, TQ sekali lagi tuk government kita ni...tak lupa juga TQ banyak2 kat Celcom...kalau boleh upgrade kepada 3G...laju la sikit nak online..Ni pakai broadband line "EDGE"....punya la slow...SEKIAN DULU...

Friday, September 07, 2012

Isu Berhubung Cadangan Untuk Memajukan Tanah Di Sungai Sebetung & Sungai Tabi, Long Bemang.

Seperti yang kita ketahui, isu ini mula timbul sejak dari tahun lepas.Terdapat beberapa individu yang terlibat dalam cubaan untuk memajukan tanah terbabit.Cadangan pembangunan ini didalangi oleh individu dari kampung Long Bemang sendiri, iaitu En. Anyi Ajang.Ada beberapa lagi individu dari kampung Long Bemang yang menyertai dia.Tetapi tidak perlulah saya menyatakan nama mereka, kerana saya pasti anda tahu siapa yang turut terlibat sama.

Tahun lepas, En. Anyi Ajang membawa beberapa orang individu dari Kuala Lumpur untuk berbincang dengan penduduk Long Bemang.Tujuan kedatangan mereka ialah untuk memaklumkan hasrat mereka untuk memajukan tanah terbabit unutk penanaman kelapa sawit (Join Venture).Di akhir perbincangan, majoriti penduduk Long Bemang tidak bersejutu dengan hasrat tersebut.Ini juga kerana mereka gagal memberikan maklumat penuh mengenai syarikat mereka.


Peta di atas adalah peta kawasan yang ingin dimajukan oleh mereka.Keluasan dianggarkan 700 hektar ke atas.En. Anyi Ajeng telah menghantar beberapa individu dari Long Bemang untuk menyukat tanah tersebut.Penyukatan dilakukan pada tahun ini (2012).

Sehubungan dengan itu, cadangan ini telah pun mendapat sokongan daripada Penghulu Ngau Ajang sendiri dan juga sokongan dari ADUN N.67 Telang Usan Y.B Dennis Ngau.Walaupun ia telah mendapat sokongan daripada mereka berdua, tetapi cadangan ini masih belum mendapat sokongan secara bertulis dari Ketua Kampung Long Bemang TK Deng Anyie.Ia juga tidak mendapat sokongan penuh daripada penduduk Long Bemang.

BUKTI SURAT SOKONGAN Y.B DENNIS & PENGHULU NGAU AJANG



Kita tidak pasti kenapa mereka menyokong cadangan pembangunan tanah tersebut, sedangkan mereka sedar bahawa penduduk Long Bemang tidak menyokong cadangan tersebut.Banyak andaian yang telah dibuat oleh penduduk berhubung sokongan tersebut.Tetapi kita tidak pasti akan kesahihannya.

Mengenai syarikat yang ingin dibawa masuk untuk memajukan tanah tersebut untuk tanaman kelapa sawit, berikut adalah sedikit info ringkas mengenai syarikat tersebut ;

Nama Syarikat : MUAR BAN LEE GROUP BHD
No. Lesen : 753588-P
Alamat : JR 52, LOT 1818, JALAN RAJA, KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT PASIR,
              84300, MUAR TOWN, JOHOR, MALAYSIA.


Menurut maklumat dari Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak, mereka belum dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di atas tanah tersebut.Ia perlu mendapat persetujuan dari kementerian terlebih dahulu.Tetapi, pada bulan Ogos 2012, En. Anyi Ajang telah mengupah beberapa orang Penan untuk menebang hutan di kawasan tanah yang dicadangkan untuk penanaman kelapa sawit tersebut.

Kepada seuruh penduduk Long Bemang, tindakan seperti ini adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri sahaja.Ini akan mewujudkan masalah dikalangan penduduk kampung Long Bemang.Dan mungkin boleh juga membawa kepada pergaduhan, perbalahan dan ketidaktenteraman didalam kampung.

Dalam kawasan yang ingin dimajukan ini juga, bukan hanya seorang sahaja yang mempunyai temuda di Sg, Sebetung & Sg. Tabi.Hampir kesemua penduduk Long Bemang memiliki tanah temuda di kawasan tersebut.Majoriti mereka yang memiliki temud di kawasan tersebut tidak setuju dengan cadangan tersebut di atas.

Kepada generasi muda Long Bemang, anda jangan ambil mudah mengenai perkara ini.Jangan buat tak tahu sahaja mengenai masalah seperti ini.Ini kerana, dimasa hadapan kelak anda yang akan menanggung akibatnya.Haruslah kita menghargai usaha nenek moyang kita dalam mempertahankan tanah kita ini.Kalau kita membiarkan perkara seperti ini berlaku, tidak mustahil suatu hari nanti kita sendiri akan menumpang di atas tanah kita sendiri.

Ini hanya ulasan ringkas dari saya.Nak tahu "full story", balik kampung la...TQ.

Wednesday, September 05, 2012

Memorandum Kepada PM Najib (FEB 2011)


Berang dengan keputusan kerajaan negeri Sawarak merampas tanah adat mereka dan diserahkan kepada sebuah syarikat perladangan, masyarakat Kayan di Long Bemang memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campur tangan bagi mendapatkan tanah mereka semula.

Dalam memorandum yang dikemukakan kepada pegawai Najib, pada Ahad lalu ketika perdana menteri melawat Miri, masyarakat itu berkata mereka telah menetap di kawasan Sungai Apoh yang terletak di daerah Baram sejak tahun 1940an.
Dengan galakan daripada kerajaan kolonial ketika itu, mereka menandakan sempadan dengan puak Kayan dan Penan lain di kawasan itu, petik memo berkenaan.

Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan selepas itu juga menyokong hak tanah mereka. Malah, mereka diberikan sebuah sekolah rendah, klinik kesihatan, bekalan air paip, janakuasa tenaga, sebatang jalan dan subsudi pertanian untuk penanaman padi, getah, lada dan buah-buahan.

“Kami telah mewarisi tanah adat mengikut amalan kepercayaan daripada nenek moyang kami.

“Tanah ini ibarat darah dan kehidupan kami,” petik memo yang ditandatangani oleh ketua masyarakat Apoh, Penghulu Ngau Ajang.

Pada 1989, bagaimanapun masyarakat Kayan itu mendapati tanah adat mereka telah diberikan kepada Pusaka KTS Forest Plantations Sdn Bhd (PKTS) oleh menteri negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pengurusan sumber dan pengarah jabatan perhutanan Sarawak.

Memandangkan sebahagaian besar, tanah adat itu membabitkan tanah pertanian, pemindahan tanah tersebut dikatakan menjejaskan kehidupan penduduk setempat itu.

Justeru, dalam memo itu, mereka mahu Najib campur tangan untuk mengembalikan semua tanah adat mereka daripada dilesenkan kepada PKTS.

Mereka juga mahu kerajaan dengan penyertaan penuh masyarkat pribumi itu membuat bancian, dan mengazet sempadan di tanah berkenaan.

Sumber dari Malaysiakini